Tuesday 13 October 2020

LATAR BELAKANG

AKADEMI KOMPUTER ditubuhkan pada November 2007 untuk memberikan latihan komputer kepada pelajar, pekerja, ushawan, ahli professional yang bukan bidang komputer serta sesiapa sahaja yang ingin menglengkapkan diri dengan pengetahuan komputer yang terkini supaya dapat menyediakan persediaan untuk tindakan yang seterusnya,

VISI

Kami adalah sebuah Akademi yang kompetetif memberikan latihan komputer dengan berpandukan keperluan institusi pendidikan dan industri yang terkini.

MISI

Akademi Komputer adalah sebuah entiti pembelajaran yang menyediakan latihan kemahiran komputer dengan mengabungkan keperluan pembelajaran sepanjang hayat serta memenuhi keperluan kontemporari terkini.

OBJEKTIF

1. Untuk menyediakan latihan kemahiran komputer kepada seluruh peringkat masyrakat dan pelajar, pekerja dan sesiapa sahaja ynag bercita cita untuk melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan komputer versi terkini setaraf silibus antarabangsa.

2. Menyediakan platform kepada kumpulan sasar yang memerlukan fasiliti untuk memudahkan rancangan mereka memenuhi matlamat peningkatan produktiviti dan effectiveness.

SILIBUS

SILIBUS Latihan komputer kami adalah setaraf denngan silibus antarabangsa dan kontemporeri serta dinamik, sentiasa mengikut aras yang "up-to-date". Kami sentiasa memastikan silibus yang digunapakai adalah setanding yang di perlukan di segala sektor dan institusi di Malaysia dan "in-par" di seluruh dunia dan yang terkini serta relevan.

PESERTA

Akademi Komputer adalah terbuka kepada pelajar, pekerja, ushawan, ahli professional yang bukan bidang komputer serta sesiapa sahaja yang ingin menglengkapkan diri dengan pengetahuan komputer yang terkini. 


Kami juga menerima perserta yang terdiri dari pesara, surirumah dan sesiapa sahaja yang ingin melengkapkan diri mereka dengan kemahiran komputer supaya dapat mencipta peluang, untuk sama sama menceburi, bersaing dan meningkatkan nilai nilai kebolehpasaran diri mereka.

Kursus ini sangat penting untuk pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, kerana pendedahan pengetahuan komputer ini akan membolehkan mereka menyediakan kertas jawapan, thesis dan working paper yang lebih berkualiti, padat, presentable dan effective.



Para pekerja yang sedang bekerja akan mendapati kursus komputer ini sangat membantu tugas harian mereka di pejabat, dan berupaya meningkat produktiviti dan peluang kenaikan pangkat yang lebih tinggi.



Pekerja-pekerja Pengeluaran boleh mencerahkan peluang pekerjaan mereka untuk memasuki bidang kerja di pejabat dan pentadbiran serta iktisas apabila mereka mengambil peluang meningkatkan diri mereka dengan pengetahuan komputer.